Wednesday, December 30, 2015

Hi, 2016.


It’s almost New Year it’s been a very amazing journey, Alhamdulillah. There’s a lot of amazing people that I had met and all I could write here is the word A.M.A.Z.I.N.G. I’m glad that along of this journey I met a very inspiring people like Mr. Muhammad Hameda, Sheikh Ahmad Al Azhari, few keen knowledge seeker like Aiman, Dr Che Anas and others that soo passionate along this knowledge-seeking journey.

Yes, it’s a few days before exam and quite positive about it. May Allah ease everything.
Well, I hope next year is another adventures and more to explore more to learn and more people to meet. I’ve set myself a few goals just to keep improving myself. I guess here is a main issue that I’ve struggled and I need to fix it.

1.       To read more books! This year is good but not satisfying.
2.       To build mental strength. I felt like I keep stressing on stuff that I can, not be stress about it.
3.       Less talk about crap but more ideas/etc.
4.       Be ‘teachable’ and keep learning.

And here is my song of the year,

                Even If It Breaks Your Heart – Will Hodge.

Movie of the year,

                The Theory of Everything (2014)

"There should be no boundaries to human endeavor. We are all different. However bad life may seem, there is always something you can do, and succeed at. While there’s life, there is hope."

And book of the year,

1.       Catatan Matluthfi - Mat Luthfi
2.       Api Tauhid -  Habiburrahman Al Syirazi
3.       Reclaim Your Heart – Yasmin Mogahed

With that, I wish you a very awesome new year.





Friday, December 11, 2015

Alhamdu Lillah.

Tuhan,
Syukurku dalam ma’rifahMu,
Bukan selayaknya madah ini untuk Mu,
Dan bukanlah kata-kata ini ukuran cintaku,
Namun hitunglah ini sebagai tanda pengharapanku,
KepadaMu.

Tuhan,
Janganlah Kau padam rasa ini,
Pengharapan ini,
Pergantungan ini,
Rasa yang Kau campakan dalam hati ini,
Meskipun lalai itu datang dari diri ini.

Tuhan,
Terimalah titisan air mata,
Hambamu yang hina,
Selalu leka,
Alpa.

Tuhan,
Terima kasih atas aturanMu,
Dan kumohon agar terjagalah hati ini,
Agar sentiasa ada, sentisa.

111215
Jumaat paling bermakna,
Kota Kemenangan.

Thursday, December 10, 2015

Hadi yang dua puluh.


Dalam semilir angin sejuk syita’ menghembus pagi,
Benak dihujani;

Apa Hadi yang dua puluh ini pelajari semenjak kaki bertapak dibumi kinanah ini?
Atau hanya pandai berretorik kata walhal nyatanya memang pasir bukan permata natijahnya?

Apa Hadi yang dua puluh ini benar-benar beramanah dengan susah-payah ibu ayah?
 Atau bertopengkan lelah walhal usahanya sampah?

Apa Hadi yang dua puluh ini masih berselimut selesa, mengalah dengan nafsu amarah, tak mahu bersusah payah kerna ilmu itu bukan mudah sifatnya?

Apa…

Hadi yang dua puluh ini sedar siapa dia?

101215
Di tengah mudarraj firqah ula.
Jamiah Al Azhar.




Tuesday, December 8, 2015

Mesir dan kamu.

Pada pada pandangan mata engkau,
Mesir itu hanyalah pasir dan sampah jalanan,
Yang berterbangan saat angin merempuh perlahan,
Pencuri pencuri dan gelandangan yang berpeleseran,
Puing-puing usuh bangunan,
Dan peradaban yang ditelan zaman.

Apa itu semua tidak mengajar kau erti kehidupan?
Makna tawakkal hamba pada tuhan?
Tujuan kegembiraan dan kesedihan?
Dan siapa hamba, siapa tuhan.

Singkaplah hijab-hijab yang membutakan!
Kerana kamu hanya lihat permukaan,
Bukan dasar hakikat gambaran,
Kerana disebalik pasir itu…
Kaukan dapati permata yang mengagumkan,
Sejuta pengajaran dan pengalaman,
Dan hikayat yang tak pernah diceritakan.

071215.
Kota Kemenangan.