Thursday, February 14, 2013

Tentang Cinta (Part 1)

Assalamualaikum..
*Tak jawab dosa kalau jawab sayang ~,~ hik hik
InsyaAllah, entry kali ini Hadi ingin berbicara mengenai cinta. Sekadar menjawab persolan yang selalu bermain di benak remaja yang lumrahnya hangat merasakan cinta (ayat sastera tahap A.Samad Said dowh!)

    Suatu hari, ada junior tanya: "Abd Hadi, macam mana nak buat kalau kita selalu teringat kat 'si dia'? Persaan tu tak boleh hilang walaupun ana dah cuba untuk lupakan dia,".

Hadi tak jawab sebab takut silap.... tapi, Alhamdulillah, dah dapat  jawapan  tersebut semasa dengar tazkirah Ustazah Fatimah Syarha Nordin: My favourite writer. Ceramah beliau boleh cari dalam Youtube.... sedap kupasan dia :) *Untung Dr Farhan Hadi
Iklan.... *sentapp ~,~

#Jawapan: Kepada semua sahabat, termasuklah orang yang menulis ni... kita semua berada di klimaks masa dimana cinta adalah anugerah yang perlu mujahadah dalam menjaganya. Dan tak lain tak bukan... penulisan ini juga buat peringatan buat Hadi.


Menahan diri dari mengingati si dia boleh disamakan dengan analogi berpuasa.

Bila kita berpuasa, kita menahan diri dari makan dan minum dari mula terbit fajar dan sehingga terbenam matahari. Kalau kita berpuasa, tapi kita tenung makanan... tak sampai nak berbuka lagi kita dan rajin jenguk, gatal mulut pergi main-main suap makanan.... main-main hirup pastu luah, lama kelamaan kemahuan kita untuk tinggal puasa semakin kuat dan mungkin kita akan terbatal. Tambahan kalu kita tak bersahur.

Dilarang untuk mempraktikkannya.Jaga pandangan anda! :)


Sama lah seperti keadaan dimana kita selalu teringatkan si dia. Jangan dilayankan sangat perasaan itu. Kalau kita selalu layan perasaan dengan mendengar lagu jiwang karat, menonton cerita korea sampai tertungging *sebab terlalu over feeling  dan rajin tangan nak hantar mesej mahupun call si dia.... masakan kita tak selalu ingatkan dia? 

Kalau kita layan sangat perasaan itu, hati akan selalu tidak tahan. Mulalah zina hati... Takut-takut, ia bawak kita lebih jauh. Nauzubillah!



Banyakkan zikrullah, selawat dan membaca Al-Quran. Dan yang paling penting... tiada yang mustahil dalam doa'!

Sekadar itu dari saya.... salah silap mohon ditegur bukan dicerca,
:)    Wasalam!

Tuesday, February 12, 2013

Amanah.



                Dalam resah melayan fikrah, aku walah. Cepat tangan mencapai kalam Allah, perlahan ku baca menjemput tenang menghilang gundah. Hingga aku terenti pada ayah;

                “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta. Tetapi, yang buta ialah hati di dalam dada.” – Al Haj 46.

Benak dihujani….

                Butakah hati Ya Allah, hingga kau hijabkan aku dari makna amanahMu? Pantas hati beristigfar. Ya Allah,pimpinlah diriku dan mereka. Sesungguhnya aku benar-benar dahagakan pimpinanMu. Tuntunlan aku jalani amanah yang kau pundakkan pada sepasangan bahu lemah ini. Ampunilah aku, andai alpa mengajar mereka “erti” amanah pada agamaMu. Yang jelas, ditunjukkan oleh rasulMu.

                Ampunilah diriku Ya Allah. Kerana sebegini adanya aduku padaMu. Merasa sukarnya menjalani amanahmu. Benar- benar diri menginsafi susah payah RasulMu menunai amanat diberi. Namun dalam menggalas amanah seringkali daku kalah pada amanah. Dalam benar tahu, bahawa mana mungkin membandingkan luka parah rasulullah berjuang dengan asakan bual teman menekan perasaan. Bagaimana mungkin menyamakan jasad nabi yang dinajisi dan diriku yang hanya dihamburkan dan dipulaukan.

                Dalam pada tahu pagar yang menghias jalanMu itu adalah ujian dan kesukaran, masih saja aku memilih selesa dan ketengan. Aku terbelenggu diantara dua. Perlu dan suka. Dan, seperti selalunya…..

                Aku memilih suka dari perlu . Memilih suka dari perlu dilakukan.  Sedang suka itu tidak perlu – dan perlu itu tidak pula disukai. Benar- benar  terseksa. Kerana hati ini perlu melawan jasad sendiri. Di ketika ini, hati menggugah hidayah ‘sabda nabi’ , “Jihad (peperangan) yang paling sukar adalah mendepani hawa nafsu”.

                Sepantas itu juga lembar sejarah  silih berganti bermain diretina mata, mengulangi fakta. Ramai pendekar yang tersungkur bukan kerana tusukan senjata tetapi godaan wanita. Malah ramai pula panglima yang mundur bukan kerana amukan musuh tapi, kerlipan kuasa dan harta.Mereka yang bersiap siaga saja bisa- bisa kalah. Namun bukan pada musuh yang meratah tapi, nafsu serakah. Ya Allah apakah ini hidayahMu padaku, mengetuk pintu hati melunasi amanahMu?

                Tampak sekali aku tidak endah. Sambil lewa mwnggalas amanah. Benar, saat ini ingin sekali merayu padaMu- ampunilah aku pada setiap detik amanah yang tak tertunaikan. Janganlah kau lemparkan kelak di wajahku. Permudahkan rintangan beban amanah ini Ya Allah.

                Barangkali, aku benar-benar mendiami zon selesa. Takut. Dayus mendepani cabaran. Sedang kutahu berusaha itu perlu kepada perubahan. Dan berubah, sifatnya kekok dan canggung. Ya Allah, pimpinlah langkahku, yang baru, sesuai tuntutanMu. Kuatkanlah hatiku dan diri ini untuk terus berubah walau harus dipaksa.< Aku tidak ingin berubah kerana terpaksa dan asakan keadaan, kerana itu adalah kegagalan.> Aku ingin bermujahadah biar ia kan patah. Berkali, tapi tidak mengaku kalah. Jauhkanlah diriku dari golongan yang takut disakiti, pahit sedikit mengeluh, pedih sekelumit mengaduh.