Sunday, December 28, 2014

Refleksi 2014



Alhamdulillah,. Dah nak tamat 2014.

Dugaan tahun ni ( Tragedi MH370, MH 17, Putting beliung, Banjir besar) biarlah jadi pengajaran buat kita yang Allah itu takkan menguji kalau tidak tak mampu.

Bala atau kafarah. Itu atas kita. Cara kita terima.

This year  has been a great year of my life (so far) and I hope 2015 will be better.

Banyak perkara yang penting jadi tahun ni. *ecewah*

Not to say that I’m completely reach my goals or what. Hanya sekadar refleksi buat diri aku ni yang tak seberapa.

Cuma, nak share kat sini few things that I managed to accomplish this year.

First. I start baking dan start jual even terima order which means I get to do what I love to and get something from it. Walaupun tak seberapa, Jadilah untuk tanggung sikit buat beli handphone baru.

The best  part from baking I get to make my Ibu her birthday cake. and her reactions on that moment, is beyond what I can say here. It’s something that I’ll always remember. Tapi tak sempat buat ayah punya birthday cake. Dan wish ja. Sebab dah fly dah waktu bday ayah.

Kedua, aku dapat pengalaman mengaji pengajian pondok.

Tau madrasah pondok?
Cuma tak la tidur/makan situ. Cuma dapat rasa biah, cara tarbiah depa. Dan pengajian di situ mengajar seribu satu cerita. InsyaAllah post yang lain kot. Jenuh 1001 nak cerita dalam post ni.

Ketiga, terbang ke benua Afrika. Sampai ke bumi Musa (as). Entah, macam tak real tapi memang camtu lah ceritanya.




Moga Allah kuatkan hati untuk terus teguh dengan tali dia.

Dan moga aku bermanfaat buat ummah juga. Doakan.

Dan cukup disini saja kot, nak cerita lebih habis la special value. Tak gitu?

So, sempena nak masuk tahun baru masihi tajdid niat selalu. Pasak azam teguh teguh. Biar utuh walau ribut merempuh. *cewah*

Nak tuju lagu, my song of the year :

Terbang Tunduk – Kokping Jamal. Heeee





Akhiaq sekali, nak rekemen buku. Catatan Matluthfi . First aku ingat buku ni lebih kepada nak cita hidup dia, cara belajar dia etc.. tapi senang cerita buku ni mengajak kita berfikir tentang banyak perkara.Dari politik sehingga society.Sarcasm dia pun boleh tahan. Aha :B  Dan aku memang rekemen hampa semua beli bagi ada sorang satu. Bermanfaat insyaAllah.


Sebelum tu nak pesan,

Owner tak ingat dari mana ambik pic ni.


 Sekian.



Monday, December 22, 2014

Bersahabat seperti Sayyidina Abu Bakr Assiddiq.

Assalamualaikum, bismillah.

Entry kali ini secara totalnya nak bercerita tentang persahabatan dan Saydina Abu Bakr.

Sebab tu tajuk pun bersahabat seperti Saydina Abu Bakr. Eheh  - - *

Kalau tentang persahabatan, memang tak lari dari perkataan ni. Ukhwah.

“Ee.. geli lah dengar perkataan tu,” kata anak Pakcik Meon jiran sebelah tahun lepas.

Hurm, ukhwah sebenarnya bukanlah perkara geli geli. Ukhwah adalah nadi utama dalam persahabatan. Lebih kurang kalau kata takda ukhwah, for sure sesuatu persahabatan takkan utuh. Tak payah mengaku BFF kalau sebut ukhwah pun dah geli. Eheh.

Tapi, point kat sini lebih kepada nak cerita fasal figura besar dalam dunia Islam, Khalifah pertama Islam, Sahabat pertama yang memeluk Islam dalam kalangan syabab dan kalau nak senarai, tak habis entry ni jawabnya.

Beliau dilahirkan dua tahu/tiga tahun selepas tahun Gajah, atau selepas keputraan rasulullah. Beliau tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah meneguk arak.

Oklah. Tahu kan, sebab apa beliau digelar as siddiq? Yang membenarkan?

Sebab semasa rasulullah s.a.w mengkhabarkan berita Isra’ dan Mikraj, ramai ragu ragu dengan baginda. Dalam kalangan ramai ramai yang masih bersyak wasangka, beliaulah yang tanpa ragu ragu membenarkan baginda.

Dan gelaran As Siddiq yang digelarkan oleh rasulullah kepada beliau tidaklah terhenti disitu.

Ketika kekalutan pengkhabaran kewafatan rasulullah, ketika seluruh manusia tidak dapat menerima pemergian baginda, hattakan Saydina Umar sendiri berkata : “Barang siapa mengatakan bahawa Muhammad itu wafat, nescaya akan aku pancung kepalanya!”.

Beliau membenarkan kewafatan baginda.

Kata-kata beliau yang mahsyur ketika itu, “ Barangsiapa menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad wafat. Barangsiapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati,”. 

Maka terdiam semua manusia.

credit to : afooooooore on Tumblr/ islamicartdb.com

credit to iiadb.com


Ketika Islam ditindas, umat Islam disiksa oleh musyrikin Makkah ketika itu, beliau adalah antara yang menyumbangkan hartanya untuk membeli hamba hamba yang disiksa. Seperti Saydina Bilal bin Rabah

Dan ketika hijrah nabi s.a.w ke Yathrib (Madinah), beliaulah yang menemani baginda. Mereka diburu dan diancam bunuh. Beliau masih setia disisi baginda. Maka turun ayat quran khas buat mereka berdua. *tak ingat dengan sempurna ayat tu jadi tak berani nak tulis.

*nangis*

Dan pengakhiran hidup beliau, beliau wafat selepas beberapa tahun kewafatan rasulullah.

Disemadikan bersebelahan baginda.

Beliau sahabat rasulullah di dunia, di kubur dan di akhirat sana. (Beliau adalah sahabat yang dijanjikan syurga).

Cukup setakat ini mengenai beliau. Yang penting mampukah kita bersahabat seperti beliau?

*terduduk*

 Andaikata tulisan ini banyak cacat cela, mohon disempurnakan. E-mel ja. Takpun komen bawah. Cakap baik baik tau.

But more than anything, moga entry ini bermanfaat. Berguna buat kita terutamanya syabab/fatayat islami.

Sekian, Wasalam J







Sunday, December 21, 2014

Pancake paling simple *kot*.

Assalamualaikum ,
Semalam waktu tengah scroll twitter  ternampak resepi mudah untuk buat pancake pisang. Terus keluar rumah pegi cari pisang. Asalnya memeng tengah teringin ‘kepeknga’ @ pankek pisang versi Melayu. Tapi nak cari mana daun pisang sini? 

Oleh kerana resepi dia mudah tak tau nak habaq, jadi diri ini rasa terpanggil untuk hapdet entry pasal ni. Tambahan kalau makan waktu sarapan pulak kan, apa nak kata. Kan?


Btw, teringat paperwork add math zaman spm dulu, pasal breakfast. Brekfast sebenarnya penting sangat untuk kita, tambah student, sebab our brain consumed on sugar. Kalau tak makan, camna nak boost otak. Tak gituh? :B

So, here we go,

Bahan-bahan.



Pisang (Ikut suka lah pisang apa. Janji besar/padan padan nak makan.
2 biji telur
Secubit garam/sesuka hati

Cara-cara:

Lenyek/blend/kisar (ikut kehendak sendiri tapi aku lenyek, terasa lah sikit pisang tu) Pastu masukkan telur dan garam. Kacau rata.

Lebih kurang jadi macam ni.

Panaskan kuali, letak minyak sikit, masak. Masak macam nak masak telur mata kerbau tuu.

Done!



Cuma, kalau nak kelainan… boleh lah drizzle skali madu ka, maple syrup ka, apa ka. Janji bahagia. Hee

sekian,.

Thursday, December 18, 2014

Memasak.

Assalammualaikum,

Bismillah.

so, tiap tiap hari Khamis memang dah tugas aku masak dgn Izuan, sepupu merangkap roomate. Tapi minggu ni aku masak sorang sebab minggu lepas aku lepas kat dia sorang. Celebrate birthday giteww. Hahaha. Lupakan.

*istigfar*

ok, so lepas balik kelas tadi punya la pikiaq nak masak apa sebab memang aku ni jenis plan dulu. Ingat nak masak (masakan apa pun aku tak tau, yang aku tau berserai serai gituh. haha) tapi belek peti sejuk tadak serai so,. terpaksalah cari inisiatif lain.

Terpikiaq pula nak masak sambal. So prepare barang nak buat sambal. Tetiba nampak serbuk kari. Maka tercetuslah idea masakan baru.

SamGu. Sambal + Gulai gitu. Macam korea dok nama? hiks.

ok ok. Alhamdulillah lepas siap semua, boleh kata semua puji. Cuma pedas sikit. Housemate aku ada yang tak makan pedas. So tersilap bajet sikit. Tapi على كل حال (apa pun) semua boleh makan. So far takda lagi yang mengadu sakit mana mana. aha.

so,.  here's the ingredients.

1. 11 ketul ayam kerat lapan (1kg lebih)
2. Tiga biji bawang besar
3. Selabu bawang putih
4. Tiga-empat biji cili besar (cili dekat sini pedas sikit) dan kisar dengan bawang
5. Halia dalam seinci ( kisar sekali)
6. Serbuk kari sebungkus
7. Air asam
8. Bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis
9. karot dan tomato (sesuka hati)
10. Penambah perisa. Dalam sesudu ja.
11. Garam gula

Hiasan je

1. Panaskan minyak, pastu masukkan tiga serangkai tadi ( bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis)
2. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Sampai agak mendidih masukkan serbuk kari yang dicampur dengan air asam. Pastu letak ayam.
3. Masukkan tomato, karot atau apa ja yang rasa nak letak.
4. Waktu masakan agak nak masak, letak garam dengan gula then penambah rasa. Tak ltak pun takpa.
5. Siap! cuma sebagai tambahan aku letak daun sup. 

Walla.
SamGu

Sekian ja kot. Jumpa lagi :)

Assalamualaikum.



Wednesday, December 17, 2014

Cerita random.

Assalamualaikum,

Bismillah.

Alhamdulillah kelas harini takda kerj sampingan dkat rumah so, relax la sikit. Cuma ifadah untuk visa tak siap siap lagi. Ada yang maki, ada yang simpan je dalam hati. Memang orang arab Mesir ni sistemnya kurang teratur sikit.

Dalam kelas tadi pun agak relax, takda Dr. Khalid nak tekan sangat sebab revision pelajaran lepas ja. Tapi, dalam kami tengah khusyuk Dr. buka cerita yang dia selalu dengar dalam radio. Tak silap rancangan عمره خالدز. Try la searh dalam YouTube insyaAllah ada. Tapi dalam bahasa arab ammi campuran fushah sikit.

Cuma cerita yang diceritakan quite inspirational.

Suatu hari ada seorang doktor pakar  dijemput untuk bagi ceramah (macam talk show) kepada doktor-doktor baru. Dalam talk show tu ada sekali perdana menteri.

Doktor tu cerita waktu sebelum dia jadi doktor yang bberjaya, pernah satu malam yang bersalji dia dikejutkan oleh ketukkan pintu.

dia buka dan depan pintu ada seorang perempuan minta tolong ubatkan anaknya. Anaknya sakit tenat dan perlu diubatkan. Tanpa melengahkan masa dia terus pergi rumah perempuan tadi dan ubatkan anak dia.

dan bukan pada malam tu ja dia ubatkan anak tu, tapi setiap hari dia jengukkan keaadaan budak tu. Tanpa sebarang caj. mudah cakap ikhlas.

Dia kata kalau dia nak caj boleh ja. Dan kalu dia nak menolak permintaan perempuan tu pun lagi boleh. boleh ja dia nak kata waktu tengah malam tu bukan waktu dia bekerja dah.

tapi dia memilih untuk tolong budak tu atas dasar kemanusiaan.

ikhlas.

Tiba tiba, *drumrolls*

perdana menteri tu bangun dan peluk doktor tersebut. dia sebut dekat dokter tu, budak yang dia ubati pada malam tu adalah perdana menteri tersebut.

-tamat-


Hurm, konklusi?

*tepuk dada tanya diri sendiri. Nak bagitau panjang pun tak reti. ahaha.

Sekian.




Tuesday, December 16, 2014

Cerita baru.

Assalamualaikum.

Bismillah.
 sebenarnya entri ni ditulis sebab tergerak hati untuk mula menulis semula dalam blog ni. Dah lama sangat tak update dan kebetulan,dah genap umur 19.

Yep, 19. Tak terasa waktu berlalu. Teringat kata kata hikmah orang arab yang selalu diulang waktu form 3 dulu,

"Waktu ibarat pedang. Kalau kita tak potong ia, ia akan potong kita"

dan terasa dipotong waktu yang berlalu. *sudah - sudah la throwback*

Dan sekarang cerita baru,

Dunia baru. Dan aku pun sudah memijak benua baru.

dan ini kesinambunganya tajuk entri ini. Cerita baru.

InsyaAllah lepas lepas ni diri ni akan merajinkan diri untuk hapdet blog tak seberapa ni.

Motif?

Sebab aku rasa melalui penulisan ni aku boleh kongsi sesuatu yang mana tahu, bermanfaat.

siapa tahu membantu.

siapa tahu?

cuma moga istiqamah terpasak teguh untuk terus menaip. Dan terus berjuang di bumi Nabi Musa ini.

Sekian saja kot buat entri ni.

jumpa lagi.

Selamat malam Malaysia. Mimpilah yang indah indah :)