Dalam semilir angin sejuk syita’
menghembus pagi,
Benak dihujani;
Apa Hadi yang dua puluh ini pelajari
semenjak kaki bertapak dibumi kinanah ini?
Atau hanya pandai berretorik kata
walhal nyatanya memang pasir bukan permata natijahnya?
Apa Hadi yang dua puluh ini
benar-benar beramanah dengan susah-payah ibu ayah?
Atau bertopengkan lelah walhal usahanya
sampah?
Apa Hadi yang dua puluh ini masih
berselimut selesa, mengalah dengan nafsu amarah, tak mahu bersusah payah kerna
ilmu itu bukan mudah sifatnya?
Apa…
Hadi yang dua puluh ini sedar siapa
dia?
101215
Di tengah mudarraj firqah ula.
Jamiah Al Azhar.
No comments:
Post a Comment