Tuhan,
Syukurku dalam ma’rifahMu,
Bukan selayaknya madah ini untuk Mu,
Dan bukanlah kata-kata ini ukuran
cintaku,
Namun hitunglah ini sebagai tanda
pengharapanku,
KepadaMu.
Tuhan,
Janganlah Kau padam rasa ini,
Pengharapan ini,
Pergantungan ini,
Rasa yang Kau campakan dalam hati
ini,
Meskipun lalai itu datang dari diri
ini.
Tuhan,
Terimalah titisan air mata,
Hambamu yang hina,
Selalu leka,
Alpa.
Tuhan,
Terima kasih atas aturanMu,
Dan kumohon agar terjagalah hati ini,
Agar sentiasa ada, sentisa.
111215
Jumaat paling bermakna,
Kota Kemenangan.
No comments:
Post a Comment