Bismillah.
so, tiap tiap hari Khamis memang dah tugas aku masak dgn Izuan, sepupu merangkap roomate. Tapi minggu ni aku masak sorang sebab minggu lepas aku lepas kat dia sorang. Celebrate birthday giteww. Hahaha. Lupakan.
*istigfar*
ok, so lepas balik kelas tadi punya la pikiaq nak masak apa sebab memang aku ni jenis plan dulu. Ingat nak masak (masakan apa pun aku tak tau, yang aku tau berserai serai gituh. haha) tapi belek peti sejuk tadak serai so,. terpaksalah cari inisiatif lain.
Terpikiaq pula nak masak sambal. So prepare barang nak buat sambal. Tetiba nampak serbuk kari. Maka tercetuslah idea masakan baru.
SamGu. Sambal + Gulai gitu. Macam korea dok nama? hiks.
ok ok. Alhamdulillah lepas siap semua, boleh kata semua puji. Cuma pedas sikit. Housemate aku ada yang tak makan pedas. So tersilap bajet sikit. Tapi على كل حال (apa pun) semua boleh makan. So far takda lagi yang mengadu sakit mana mana. aha.
so,. here's the ingredients.
1. 11 ketul ayam kerat lapan (1kg lebih)
2. Tiga biji bawang besar
3. Selabu bawang putih
4. Tiga-empat biji cili besar (cili dekat sini pedas sikit) dan kisar dengan bawang
5. Halia dalam seinci ( kisar sekali)
6. Serbuk kari sebungkus
7. Air asam
8. Bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis
9. karot dan tomato (sesuka hati)
10. Penambah perisa. Dalam sesudu ja.
11. Garam gula
![]() |
Hiasan je |
1. Panaskan minyak, pastu masukkan tiga serangkai tadi ( bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis)
2. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Sampai agak mendidih masukkan serbuk kari yang dicampur dengan air asam. Pastu letak ayam.
3. Masukkan tomato, karot atau apa ja yang rasa nak letak.
4. Waktu masakan agak nak masak, letak garam dengan gula then penambah rasa. Tak ltak pun takpa.
5. Siap! cuma sebagai tambahan aku letak daun sup.
Walla.
![]() |
SamGu |
Sekian ja kot. Jumpa lagi :)
Assalamualaikum.
sang-goo baru nampak nama korea
ReplyDeleteYang tu tak kena sambal dgn gulai. hihihi
Delete