Dalam
resah melayan fikrah, aku walah. Cepat tangan mencapai kalam Allah, perlahan ku
baca menjemput tenang menghilang gundah. Hingga aku terenti pada ayah;
“Maka
apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang
dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka
mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta. Tetapi, yang buta
ialah hati di dalam dada.” – Al Haj 46.
Benak dihujani….
Butakah
hati Ya Allah, hingga kau hijabkan aku dari makna amanahMu? Pantas hati
beristigfar. Ya Allah,pimpinlah diriku dan mereka. Sesungguhnya aku benar-benar
dahagakan pimpinanMu. Tuntunlan aku jalani amanah yang kau pundakkan pada
sepasangan bahu lemah ini. Ampunilah aku, andai alpa mengajar mereka “erti” amanah
pada agamaMu. Yang jelas, ditunjukkan oleh rasulMu.
Ampunilah
diriku Ya Allah. Kerana sebegini adanya aduku padaMu. Merasa sukarnya menjalani
amanahmu. Benar- benar diri menginsafi susah payah RasulMu menunai amanat
diberi. Namun dalam menggalas amanah seringkali daku kalah pada amanah. Dalam
benar tahu, bahawa mana mungkin membandingkan luka parah rasulullah berjuang
dengan asakan bual teman menekan perasaan. Bagaimana mungkin menyamakan jasad
nabi yang dinajisi dan diriku yang hanya dihamburkan dan dipulaukan.
Dalam
pada tahu pagar yang menghias jalanMu itu adalah ujian dan kesukaran, masih
saja aku memilih selesa dan ketengan. Aku terbelenggu diantara dua. Perlu dan
suka. Dan, seperti selalunya…..
Aku
memilih suka dari perlu . Memilih suka dari perlu dilakukan. Sedang suka itu tidak perlu – dan perlu itu
tidak pula disukai. Benar- benar
terseksa. Kerana hati ini perlu melawan jasad sendiri. Di ketika ini,
hati menggugah hidayah ‘sabda nabi’ , “Jihad (peperangan) yang paling sukar
adalah mendepani hawa nafsu”.
Sepantas
itu juga lembar sejarah silih berganti
bermain diretina mata, mengulangi fakta. Ramai pendekar yang tersungkur bukan
kerana tusukan senjata tetapi godaan wanita. Malah ramai pula panglima yang
mundur bukan kerana amukan musuh tapi, kerlipan kuasa dan harta.Mereka yang
bersiap siaga saja bisa- bisa kalah. Namun bukan pada musuh yang meratah tapi,
nafsu serakah. Ya Allah apakah ini hidayahMu padaku, mengetuk pintu hati
melunasi amanahMu?
Tampak
sekali aku tidak endah. Sambil lewa mwnggalas amanah. Benar, saat ini ingin
sekali merayu padaMu- ampunilah aku pada setiap detik amanah yang tak
tertunaikan. Janganlah kau lemparkan kelak di wajahku. Permudahkan rintangan
beban amanah ini Ya Allah.
No comments:
Post a Comment